My heart beats while I’m leaning on your shoulders

Traumatophobia (chapt. 3)
Thursday, 14 November 2013 | 0 comments

Jam locengnya berbunyi untuk ke entah berapa kali. Dia tidak pun mencelikkan matanya. Mengantuk teramat sangat. Malam tadi hampir pukul dua pagi dia tidak boleh tidur. Inilah akibatnya. Pintu biliknya diketuk perlahan. Itu mesti omma. Fikirnya. Dia hanya mendiamkan diri. Pintu diketuk lagi. Dia duduk dikatil.

Pintu nya dibuka. Omma. Ommanya hanya menyuruhnya bersiap cepat. Sudah pukul 7 pagi katanya. Kejap. Tujuh pagi? Dia panik. Terus dia berlari memeriksa jam locengnya. Ahh bateri jam sudah habis!

Tuala di belakang pintu dicapai dan lantas ke bilik air. Stelah selesai, dia berlari ke almari, baju sekolah diambil dan dipakai. Skirt sekolah, tie, stoking dan kasut sudah dipakai. Dia mencapai beg dan keluar dari bilik. Menuruni tangga dan berlari anak kearah pintu. Dia berhenti. Apa yang tertinggal? Dia memerilsa begnya. Buku biologi! Dia masuk semula ke dalam menuju ke biliknya mengambil bukunya.

Dia berlari perlahan kesekolah memandangkan lagi sepuluh minit pagar sekolah akan ditutup. Dia melalui rumah mewah dimana dia dipeluk oleh ahjusshi dan halmeoni. Dia berhenti. Rumah mewah itu dikerling.

"Pon pon!" Bunyi hon kereta kedengaran di belakangnya. Dia menoleh. Kyungsoo? Apa dia buat? Oh lupa itu rumah dia. Kyungsoo berhenti disebelahnya.

"Naik" katanya. Jieun pelik dan menggeleng. Belum sempat dia membalas kyungsoo berkata lagi. "Cepatlah naik. Kita dah lambat ni" rauo wajah kyungsoo berubah dingin. Jieun cepat-cepat mengangguk dan masuk kedalam kereta.

Pedal minyak ditekan laju. Jantung jieun berdegu kencang. Mahu ditegur, jieun takut. Jadi dia mendiamkan diri saja. Sisi wajah kyungsoo dipandang. Handsome. Tetapi dingin. Kyungsoo mengeluh.

"Tak payahlah kau tenung muka aku sampai nak tembus. Aku tahu aku ni handsome" dia berkata spontan. Kyungsoo mengalih pandangannya ke jieun. Kyungsoo senyum. Jieun terpaku. Kali pertama dia melihat kyungsoo senyum begitu. Jieun hanya mengukir senyuman pendek.

"So, mana kau pergi malam tadi sampai nak dekat pukul 12 malam baru nak balik? Kau dating ya? Agaklah pun nak dating at least suruhlah boyfriend kau hantar kau sampai rumah" kyungsoo bersuara. Jieun menggeleng laju.

"Eh tak tak. Bukan datinglah. Kerja. Mana ada boyfriend"

KYUNGSOO's POV
"Eh tak tak. Bukan datinglah. Mana ada boyfriend" kata adik ku. Ya, adik. Selepas saja jieun, omma dah kawan jieun pulang barulah papa menjelaskan semua yang terjadi malam tadi. Jieun adalah adik perempuan aku dan Hirae adalah ibu kandung aku. Entah kenapa aku jadi gembira sangat. Nak menangis pun ada.

Tetapi malangnya jieun tidak mengetahui lagi tentang ini. Kesian dia. Aku tersenyum sendiri sambil memandu. Papa pernah cerita pasal omma aku yang pergi meninggalkan aku dan ayahku. Aku fikir omma sudah tidak menyayangi aku dan papa. Rupanya omma trrpasa meninggalkan aku dan berkhwin dengan appa jieun yang sekarang.

Sampai di parkir kereta di sekoah seperti biasa aku menjadi perhatian. Tidak putus-putus ucapan "selamat pagi" "hai oppa" "oppa nak lunch dengan kami tak nanti" ada juga yang memberinya hadiaah atau bunga atau apa saja seperti kek coklat, bunga ros dan strawberi. Aku hanya senyum menayang gigi. Hahaha.

Jieun menapuk bahuku. Aku hanya memandang wajah comelnya. Aku tersenyum lagi. Dia meminta izin untuk masuk ke kelas. Tapi aku menghalang. Aku memberi alasan yang aku akan bawanya pergi ke kelas. Sambil itu terdengar jugak soksek orang yang lalu "siapa perempuan tu?" "Ha? Oppa siapa dia ni?" "Kenapa dia naik kereta oppa". Ada juga yang tersenyum.

Aku memegang erat tangannya dan membawanya bersama ku. Aku tak tahu kenapa aku rasa nak berdua dengan dia je. Hahha aku ni over happy kot. Kai melambaikan tangannya.

"Yooww kyungsoo"
"Yo"
"Happy semacam je? Oh hai" kai menegur jieun. Jieun hanya tersenyum.
"Siapa dia ni? Budak baru ke?" Kai berbisik ditelinga kyungsoo.
"Ini jieun. Jieun ini kai. Kawan aku. Ha, kai dia ni dah setahun dekat sini. Kau je tk tahu" terang aku. Kai hanya tersengih.

Loceng bermulanya waktu pembelajaran telah berbunyi. Seperti yang aku janjikan pagi tadi, aku membawa jieun ke kelas. Dia hanya membisu. Teringat pagi tadi semasa aku pegang tangan dia, sejuk tangannya. Mungkin takut. Aku tergelak sendiri.

"Terima kasih" ucap jieun. Aku mengerutkan dahi.
"Untuk apa?"
"Sebab pagi tadi sudi tumpangkan dan bawa saya ke kelas" aku memandang tepat anak matanya. Dia terus mengaluhkan pandangannya kearah lain.
"Apa kata kau gantikan ucapan terima kasih tu dengan..." aku berhenti. Saja ingin mengusik. Aku menunding jari telunjukku ke pipi ku.
"Ha?" Jieun nampaknya rasa tak selesa.
"Kiss pipi aku" wajah jieun bertukar pucat. Kelakar. Aku menaan gelak.
"Okay okay aku gurau jelah. Kau simpan je terima kasih kau tu. Sebagai balasan, balik nanti biar aku hantar kau" dia tunduk dan mengangguk perlahan. Aku meminta diri dan pergi ke kelas ku.

******
"Kyungsoo-ah!" Luhan memanggilku setelah aku masuk ke kelas. Patut lah relax je, cikgu tak masuk lagi rupanya.
"Man.." aku duduk disebelahnya. "Waddup?"
"Woah hey kau ni tak pernah-pernah tanya aku macam tu ni tiba-tiba pulak. Ni mesti sebab budak perempuan yang kau bawak pagi tadi tu kan? Cepatnya kau dapat 'stok'" Luhan berkata. Aku tsk.
"Banyaklah kau punya stok, tu adik aku lah" luhan terdiam. Luhan dan 10 member yang lain memandang kyungsoo.
"Since when, dude?" Kris bersuara pula.
"Aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Complicated sangat"
"Okay tak apa. Kalau kau dah tahu macam mana nak cerita, kau cerita ya?" Minseok pula berkata.
"Tapi kan, adik kau tu kan..." luhan berhenti sejenak. "comel juga aku tengok. Ni boleh lah aku tackle ni" seloroh luhan dan yang lain ketawa.
"Jangan perasanlah. Aku tak restu kau jadi adik ipar aku" kataku sambil ketawa.