My heart beats while I’m leaning on your shoulders

Traumatophobia (chapt. 2)
Thursday, 14 November 2013 | 0 comments

Dasom berhenti. "Ahjumma.." jieun perasan Dasom menegur seseorang. Tetapi dia tetap meneruskan jalannya. Tanpa dia sedari orang yang Dasom tegur adalah ommanya. Dasom memanggil jieun. Jieun berhenti dan menoleh. Jieun terpaku. Setiap kali jieun dan Dasom pulang dari sekolah dan tempat kerja, mereka melalui lorong yang terdapat satu rumah mewah. Sangat mewah. Dan ommanya baru saja keluar dari rumah itu bersama seorang lelaki yang agak berusia. Mungkin tuan rumah.

"O-omma? Omma buat apa dekat sini, ma? Appa m-mana?" Soal jieun kehairanan. Nak kata omma menunggunya pulang, memang sahlah tak! Dah terang lagi bersuluh dia keluar dari rumah mewah tu. Dengan lelaki pula. Tak lama kemudian, seorang lagi wanita tua dan seorang lagi lelaki muda keluar, anaknya  mungkin. Mungkin juga masih bersekolah. Tetapi jieun teringatkan seseorang yang sering dia nampak disekolah apabila melihat lelaki muda itu.

"Er, jieun, i-ini kang seok. Kang seok ini jieun" omma memperkenalkan jieun kepada lelaki berusia tadi tu.

"Annyeonghaseyo, ahjusshi.. jieun imnida" jieun menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Lelaki itu tersenyum mesra. Begitu juga wanita tua itu. Lalu ahjusshi datang kearahnya dan memeluk tubuh kecil jieun. Jieun terpaku. Dia melepaskan pelukan.

"Aigoo jieun-ah ~ uri jieun neomu yeppeuda" perempuan tua itu berkata. U-uri? Aku ni mereka punya kah? Jieun terfikir.

"Jieun-ah, ini saeri aahjumma. Kamu panggil dia halmeoni. Dia ibu kepada Kangseok. Itu pula Kyung soo. Anak lelaki kang seok" jieun sekali lagi menundukkan kepalanya sedikit. "Annyeonghaseyo, jieun imnida"

"Kang seok-ah saya balik dulu lah ya? Esok jieun nak ke sekolah. Jadi kami kena balik sekarang. Terima kasih" kata omma dengan sopan.

"Eh, tak apalah. Kami boleh balik sendiri. Terima kasih sekali lagi" kami bertiga menunduk.

********
"omma.."
"Hm?"
"Siapa orang tadi tu?"
"Kenapa kamu tanya?"
"Tak ada apa-apa. Cuma jieun peliklah, ma"
"Apa yang kamu pelikkannya?"
"Tak ada apalah"

Jieun menyambung menyiapkan latihan biologinya. Fikirannya melayang jauh. Memikirkan tentang kejadian tadi. Kenapa halmeoni dan ahjusshi sangat mesra dengannya? Sepertinya mereka telah mengenali jieun bertahun-tahun lamanya. Cara mereka melayan jieun pun seperti jieun itu anak ahjusshi dan cucu halmeoni sendiri. Keluhan panjang dilepaskan.

Jam telah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Entah mengapa matanya tidak mahu pejam. Selalunya dialah paling mengantuk pada waktu begini. Ommanya pun sudah menyuruhnya tidur. Buku latihan tadi diletak di tepi meja. Niatnya mahu memasukkan buku tu dalam beg. Tetapi malas punya pasal, dia letakkan saja ditepi meja. Dia hanya berharap esok dia tidak lupa untuk membawa buku itu. Beberapa minit telah berlalu, mata terpejam juga.