My heart beats while I’m leaning on your shoulders

Traumatophobia (chapt. 6)
Friday, 15 November 2013 | 0 comments

12.30 tengah malam telah pun berlalu. Jieun tidak dapat tidur dengan lena. Dia duduk memeluk lutut. Orang disekelilingnya sudah pun dibuai mimpi. Katilnya dibahagian tepi. Disebelah katilnya pula sliding door yang hanya di tutup dengan langsir ungu. Dia menyelak langsir luas. Dia terhenti sejenak. Permandangan gelap luar dipandang lama. Lari? Dia tersenyum sendiri. Eh tak! Ada pengawal didepan dan dibelakang. Kalau dia ditangkap, habislah dia.

Dia duduk disisi katil. Keluhan dilepaskan. Dia bosan. Tersangat bosan. Dia sekali lagi memandang sekeliling. Jika ada yang masih belum tidur, bolehlah dia ajak bersembang. Tapi tidak. Masing-masing sudah lena. Sesuatu menarik perhatian di sejak tadi. Katil sebelahnya dipandang. Comel orangnya. Teringat dia pada Chanyeol dan Sehun. Dia tersenyum sendiri.

"Tak payahlah tenung macam tu" orang yang dia pandang itu bersuara. Dia dbangun dan duduk bersandar lalu jieun dipandangnya. Sempurna!

"Tak tidur lagi kenapa? Tak boleh tidur? Duduk dekat sini memanglah tak selesa. Nanti dah lama sikit okaylah" katanya. Mata jieun tak terlepas merenung raup wajahnya. Dia sangat comel. Oh tuhan..

"Luhan." Dia berkata lagi dan menghulurkan tangannya.
"Jieun" jieun juga menghulurkan tangan lantas mereka berjabat tangan. Luhan tersenyum. Haih, terserlah lesung pipit comelnya. Jieun juga mengukir senyuman pendek.
"Oh, kenapa tu?" Luhan menunding jarinya ke hujung bibirnya. Jieun buat juga berbuat begitu kearah luka di hujung bibirnya dan bertanya "ini?" Luhan mengangguk. Jieun menggeleng.

Keadaan amat kekok apabila kedua-duanya membisu. Jieun tidak tahu apa lagi yang ingin disoal jadi dia mengambil keputusan untuk berdiam diri. Tiba-tiba nada dering telefon bimbit berbunyi. Jieun pelik. Luhan dipandang. Telefon bimbit kepunyaan Luhan yang berdering. Jieun tidak tahu pula telefon bimbit boleh dibawa. Luhan telah menjawab panggilaan. Sepertinya dia sedang berbual dengan seseorang yang istimewa. Mana tidaknya, jieun bukannya pekak yang dia tidak dengar perkataan manis yang keluar dari mulut luhan itu. Sekejap panggil 'sayang', sekejap 'baby', sekejap 'honey'.

Talian diputuskan. Luhan dapat menangkap tenungan jieun. Jieun cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Luhan tersenyum. "Nah" luhan bersuara. Jieun menoleh memandang luhan pelik. Telefon bimbit nya dihulurkan kepada jieun.

"Nak buat apa?" Soal jieun perlahan.
"Call lah siapa-siapa. Mak kau or ayah kau" jieun hanya menggeleng. Luhan meletakkan kembali telefonnya kedalam laci disebelah katilnya. Jieun memeluk lutut dagunya di atas lutut matanya memandang luar.
"Aku tahu kau tak gila" luhan berbicara.
"Hm" tanpa memandang luhan jieun menjawab.
"Kau trauma kan?"
"Hm"
"Aku pun tak gila sebenarnya.. trauma pun tak, kau tahu tak sebab apa aku kat sini?"
"Hm.." luhan mengerutka dahi. Pelik. Dia memanggil jieun dan jawapannya tetap sama. Luar pula dia pandang. Tiada apa yang menarik pun gelap adalah. Dia turun dari katil berjalan ke katil jieun. Diintai wajah jieun. Tidur. Luhan ketawa perlahan. Kelakar. Perlahan-lahan tubuh kecil jieun dibaringkan dan diselimutkan. Langsir tadi dirapatkan semula.

*******
Suasan yang bising dan cahaya matahari yang terkena ke wajahnya menyebabkan dia terjaga dari tidur. Dia menggeliat. Hm, lena jugalah dia tidur malam tadi. Jam dinding dipandang. 10.56 pagi. Wow lamanya dia tidur.

Seorang doktor perempuan datang kearahnya sambil tersenyum mesra. Jieun membalas senyuman.

"Makan ubat ya?" Jieun mengangguk lantas pil yang diberi ditelan. Sepinggan nasi goreng dihulurkan dan dia disuruh makan. Dia akur.

Satu sudu.. dua sudu.. tiga sudu.. lima sudu.. Ah kenyangg. Pinggan ditolak tepi.

"Makan pun tak habis macam mana nak cepat sihat? Baik kau habis kan" Luhan mencelah.
"Dah kenyanglah" Luhan duduk ditepi katil jieun. Pinggan dicapai dan dia menyuapkan sesudu ke mulut jieun. Jieun kaku.
"Oranh dah kenyanglah.. tak faham ke?" Jieun bersuara.
"Habiskan"
"Dah kenyang"
"Makan juga" luhan taknak mengalah lantas menyuapkan ssudu lagi. Jieun hendak menolak tetapi luhan tetap memaksanya.

Akhirnya... habis juga nasi itu. Jieun kira-kira mahu bangun untuk meletak semula pinggan tersebut ke tempat basuhan pinggan. Namun, luhan terlebih dahulu pergi meletakkan pinggan itu. Jieun hanya memerhati. Siapa dia tu? Baik sungguh.

Setelah selesai membersihkan diri, jieun melangkah ke halaman luar melaui liding door disebelah katilnya. Nafas ditarik panjang. Segar.

"Jisoo-ah!! Kau dah balik, nak? Mana kau pergi?" Seorang wanita berusia memeluknya erat. Dia pelik dan melepaskan pelukan itu. Perempuan melemparkan bertubi-tubi soalan. Perempuan itu hendak memukul jieun dan jieun terjerit.
"Appa? Appa.. Jaebal jieun merayu jangan pukul jieun lagi pa. Jangan pukul omma. Jaebal yo appa! Keumanhae appa!!" Semua orang tertumpu kepada jieun. Termasuk luhan. Lantas luhan berlari kearah jieun dan memaut bahu jieun. Jieun menolak kuat.
"Appa.." matanya meliar. Telinganya ditekup dan jieun duduk diatas rumput. "Y-yah.. appa.." air matanya mengalir. Luhan memaut bahunya sekali lagi.
"Appa kau? Kenapa dengan dia? Cerita dekat aku.." kata luhan lembut dan perlahan. Nafas jieun laju dan dia mengeleng.
"Jieun-ah kalau kau tak bagitahu aku, macam mana aku nak tolong kau" luhan sekali lagi memujuk.
"Nae appa.. dia.. dia n-nak pukul saya.. tolong bawa dia pergi jauh-jauh" suara jieun terketar-ketar dan menunding jari telunjuknya kearah perempuan tadi.
"Bawa dia kedalam!" Luhan mengarahkan jururawat lelaki disitu.