My heart beats while I’m leaning on your shoulders

Traumatophobia (chapt. 7)
Saturday, 16 November 2013 | 0 comments

"Bro macam mana dengan adik kau? Dah okay?" Soal luhan kepada kyungsoo melalu telefon. Luhan tidak tahu jieun adalah adik kepada kyungsoo sejak wajahnya dipenuhi luka dan lebam. Wajahnya sangat berbeza.
"Dia dah sedar dah tapi.."
"Tapi?"
"Dia ada tekanan jiwa. So, doktor pindahkan dia dekat hospital jiwa. Kenapa?" Luhan kelu. Hospital jiwa? Takkanlah dekat sini..
"Hospital jiwa? Dekat mana?"
"Seoul lah pun" satu lagi kejutan. Takkan jieun ni? Lain sangat muka dia. Tak tak tak! 
"Bro kau biar betul?" Luhan tidak lagi berpuas hati dan menyoal lagi.

"Betullah. Kau ingat benda macam ni boleh buat main ke? Kau ni tanya-tanya, ada apa sebenarnya?" Kyungsoo menyoal.
"Aku pun kat sini jugak kau tahu"
"Kau kat situ juga? Kau buat apa?! Eh kau gila ke?" Marah kyungsoo.
"Janganlah marah aku. Aku buatsemua ni pun sebab nak tarik perhatian Bora. Dia ignore aku lately. Tulah pasal"
"Hish kau ni.."
"Kay aku kena makan ubat cehh ha ok bai"

Telefon dicampak ketepi. Dia termenung seketika. "Hishh takkanlah.." "...tapi betul ke jieun yang ni adik kyungsoo.." "...sss tapi first time aku nampak jieun tu, cantik je.. bersih tak ada satu parut pun.." "..tapi jieun ni pun.. boleh tahan cantiklah jugak tapi muka dia berparut. Ada luka-luka. Kejap! Tadi dia kata appa dia nak pukul dia.. so, kesan luka tu sebab appa dia pukul dialah? Jadi, inilah adik kyungsoo? Biar betul?" 

Luhan turun melompat dari katil pergi ke sebelah katil jieun. Wajah jieun diperhati betul-betul. Memang sah ini adik kyungsoo! Mata jieun sama macam kyungsoo. Ahahahah! Wait. Tak luhan. Tak! Kau tak boleh suka dia. Tak tak! Aku dah ada Bora.

Luhan pergi ke pintu pejabat Bora untuk meminta sedikit krim penghilang parut. Bora bekerja sambilan di Hospital Jiwa tersebut oleh kerana hospital itu kepunyaan ayahnya. Jadi ayahnya menyuruhnya untuk bekerja sambilan disitu. 

Sampai di pintu pejabat Bora dia terus memulas tombol pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu dan dia kaku. Bora dan salah seorang jururawat lelaki itu juga kaku. Bora kelu. Kebenarannya, kaki luhan sudah pun terketar-ketar. Hatinya menangis, sakit, hancur berkecai. Tapi dia hanya berlagak okay. Siapa yang tak sakit hati, sedih nampak tman wanita sendiri berpelukan dengan lelaki lain. Bukan saja itu, malah butang baju kemeja yang Bora pakai sudah semua dia buka. Tinggal tunggu masa nak jatuhkan je baju tu. Luhan ketawa sinis.

"Inilah part time kau kan? Patutlah sibuk aje. Sibuk layan lelaki ni kan?" Tangan luhan sudah berada didalam poket. Meja tulis Bora dikelilingi.
"Pertama sekali, aku nak minta maaflah sebab ganggu korang tadi. Em, aku cuma nak ubat hilangkan parut je. Oh ini! Dah jumpa.. sorry sekali lagi. Korang bolehlah teruskan. Terima kasih banyak-banyak"

*******
Luhan menyapukan luka dipipi jieun perlahan-lahan tak mahu jieun terjaga. Pada masa yang sama jugalah dia sedang layan perasaan. Tiada siapa yang nak diluahkan isi hatinya yang sakit itu. Air mata luhan jatug berguguran. Kemudian dilap. Sekarang dia hanya tinggal menyapu luka di hujung bibir jieun pula. Perlahan-lahan dia sapukan.

Jieun bergerak Luhan pun berhenti seketika. Disambung semula. Jieun membuka mata. Luhan dipandang lama. Jieun duduk dikatil dan luhan jaga sama.

"Apa awak buat ni?" Soal jieun.
"A-aku cuma.. em sapukan ubat dekat l-luka kau je"
"Ha? Kenapa tak kejutkan? Biar saya yang bu-"
"Tak tak! Er doktor yang suruh. Ha, doktor yang suruh"
"Yelah, doktor suruh sekali pun kejutkanlah saya. Biar saya yang buat sendiri. Saya masih lagi ada tangan tau"
"Aku tahulah tapi kau tidur nyenyak sangat tadi. Aku kejutkan kau tak bangun-bangun, aku sapukanlah" luhan menipu jieun. Jieun memandang luhan lagi.
"Ye ke?" Luhan mengangguk.
"Kalau macam tu terima kasih lah. Tak pe awak boleh pergi tidur. Selebihnya biar saya buat sendiri" jieun merampas ubat itu dari tangan luhan tetapi luhan mengambilnya semula dari tangan jieun.
"No. Biar aku yang buat. Kau duduk diam-diam" arah luhan.
"Saya boleh buat sendi-" jari telunjuk luhan dirapatkan dibibir jieun.
"Kau jangan banyak cakap boleh tak? Melawan je. Biar aku je yang buat. Kau bersuara lagi aku cium kau" luhan beri amaran. Serta merta jieun senyap dan luhan mengukir senyuman pendek.

Tanpa mereka sedari Bora yang tadinya mengejar luhan terhenti dan melihat perbuatan dan perbualan mereka.

5.15 petang
Jieun jalan bersiar-siar di kawasan luar sambil menghabiskan susu kotak yang baru dia dapat. Dia tidak berapa suka denga susu tapi dah orang bagi dia minumlah sikit.

"Hoi" luhan bersuara dan susu kotak jieun dirampas lalu diminum selamba. Jieun tercengang.
"Aku tahu kau tak suka air ni. Jadi kau kasi jelah kat aku. Hahaha aku dah habiskan pun air kau ni" jieun mengangguk.
"Kau ni bisu ke apa?" Soal luhan. "Yelah aku tengok kau ni kalau aku tanya ke cakap ke mesti kau àngguk. Takpun Geleng. Kau bisu ke?"
"Kalau bisu, malam tadi tu awak cakap dengan hantu ke apa?" Jieun bersuara. Luhan gelak.
"Lebih kuranglah" jieun terdiam. Dia terasa hati dengan jawapan luhan. Dengan wajahnya yang begitu. Jieun tunduk. Luhan masih lagi dengan gelaknya. Jieun berjalan sendirian meninggalkan luhan.

Luhan mengikuti jieun. Dia rasa bersalah dengan apa yang dia katakan tadi. Bahu jieun ditepuk. Dia menoleh. "Sorry.." jieun hanya mengangguk.

"Kang jieun?" Seseorang berbicara.
"Do jieun" jieun membetulkan nama keluarganya kepada Do.
"Saya Bora. Doktor kat sini. Awak panggil Bora je. Awak 17 tahun kan?" Jieun mengangguk.
"Kita sebaya.." bora berkata lagi. "Rapat betul awak dengan luhan"
"Boleh saya tahu? Apa yang dah jadi.. dengan awak? You know, I mean.. your life" Bora teragak-agak menyoal.
"Kenapa awak n-"
"Aku rasa kau tak perlu tahu kot apa yang dah jadi dalam hidup. Aku rasa baik kau jaga tepi kain kau sendiri dan.."
"Jangan kacau dia lagi. Dia... aku yang punya" luhan memberi arahan kepada bora. Jieun yang berdiri disitu tidak mengetahui apa-apa. Hanya tercengang. Luhan menarik tangan jieun kasar. Jieun meronta minta lepaskan.