![]() ![]() Hello Hello you shiny boy! Cupid’s arrow Has pierced my heart I shake (with excitement) when I see you.
| ![]() Traumatophobia (chapt 8)
Sunday, 17 November 2013 | 0 comments
"Sakitlah! Lepaslah! Yah!" Jieun meronta-ronta minta dilepaskan. Luhan bagai tidak mendengar apa-apa.
"LUHAN!" suara jieun meninggi. Luhan berhenti dan wajah jieun ditatap lembut. "Aku tak suka kau rapat dengan perempuan tadi tu" jieun mengangguk. "Nah" sebiji tomato dihulur. ****** "Oi?" Luhan memanggil jieun yang sedang menikmati tomato yang luhan beri. "Hm?" "Betul ke kau ni... adik kyungsoo?" Jieun mengangguk. "Mana awak tahu?" "Kyungsoo bagitahu masa aku call dia malam tadi. Tapi aku macam tak percaya kau ni adik kyungsoo. Masa first time aku nampak kau keluar dari kereta kyungsoo kat tempat parkir sekolah tu kan, aku ingat kau girlfriend dia" jieun hanya mendengar tanpa bersuara. "And time tu jugak aku rasa.. aku suka kau" jieun yang mendengar terbatuk-batuk. Luhan menepuk perlahan belakangnya. "Apa awak cakap tadi?" "Apa? Aku cakap apa?" "Yang awak cakap tadi tulah. Saya salah dengar ke?" "Oh yang tadi tu? Aku cakap masa aku nampak kau tu aku dah start suka kau. Kenapa? Salah ke aku nak suka orang? Lagi satu, kau tak salah dengar pun" jieun menelan air liur. Biar betul makhluk ni? Matanya tidak berkelip memandang luhan. "Kenapa pandang aku macam tu? Kenapa? Kau.. suka aku jugak eh?" Mata jieun membulat lantas dia menggeleng. "Hish tolonglah. Sekolah pun belum habis, dah nak suka-suka orang. Apa? Ingat seronok ke suka-suka orang ni? Nanti kalau orang tu suka orang lain? Awak jugak yang sakit hati tau" jawab jieun selamba. Jieun bangun dari bangku tapi luhan segera menarik lengannya membuatkan dia terduduk semula. "Kenapa? Kau.. suka orang lain ke?" Jieun terpana. Jieun terkelu. Luhan tersenyum sinis. "Aku tak kisah pun kalau orang tu suka orang lain. Tapi aku akan dapatkan dia jugak walau dengan apa cara sekali pun. Note that" luhan meninggalkan jieun keseorangan disitu. Nafas di tarik panjang. Dia.. suka aku? Jieun mengunyah tomato perlahan. Tak mungkin. Aku taklah cantik. 'Cinta itu buta', 'cinta tak kenal rupa'. Aish mwoya? Malam itu jieun sengaja tidur awal. Dia tak mahu berbual dengan luhan sejak insiden tadi. Fikirannya berserabut. Jieun tidak pernah ada perasaan suka pun pada lelaki sebelum ini. Ini menyebabkan kepalanya sakit. Terlalu berfikir. LUHAN's POV Perlu ke aku cakap macam tu dekat dia tadi? Hish, macam orang bodoh pulak confess macam tu. Mana ego kau Luhan? Bodohnya aku! Bodoh bodoh. Aku memukul kepalaku perlahan. Kalau ikut hati, nak je pukul kuat-kuat. Tapi sakit. Jieun yang sedang lena tidur aku pandang. Tetap cantik. Parut diwajahnya beransur pulih. Kuat betul ubat parut tu. Tak sia-sia aku sapu kat muka dia hari tu. Aku senyum. Kenapa ni? Kenapa tak boleh berhenti senyum ni? Luhan berhenti! Aku menghala kan pandanganku kearah pesakit di sebelah katilku. Baru berhenti. Aish Luhan apa dah jadi dengan kau ni? Tsk. Bosan pulak pandang muka orang ni! Baik pandang muka jieun! Aku memandang jieun pula. Senyum lagi. Haih apa ni berhentilah. Aku menekup tapak tanganku ke mulut. Siling pula aku pandang. Lama. Kedengaran jieun mengerang. Kenapa dia ni? Tak pernah macam ni. Ah mengigau kot. Ah lantaklah dia. Dia bergerak lagi. Selimut dia tolak ketepi. Aku memandangnya lama. Kenapa dia ni? Aku pergi kekatilnya. Berpeluh. "Jieun-ah.. ireona ~" aku bersuara perlahan. Tetap sama. "Jieun-ah.. hey kenapa ni?" Aku menepuk pipinya perlahan. Nafasnya laju. "Appa.. t-tolong.. berhenti" jieun bersuara. Luhan panik. Aku mengambil botol air mineralku dan aku tuang sedikit ketapak tanganku. Mukanya aku renjiskan air tadi. "Omma!!" Jieun tersedar dan duduk seketika. "J-jieun-ah" "O-omma.. yah nae omma.." jieun teresak memandang aku. Dia.. menangis. Aku memaut bahunya. Dia tolak. "Saya nak balik. Omma.. luhan saya nak balik" aku hanya menggeleng. "Tak. Tak boleh kau tak boleh balik lagi. Kau masih sakit" jieun menggeleng. Dia sudah turun dari katil dan nak lari. Mujur aku cepat menahannya. Pesakit lain nampaknya sudah pun bangun akibat tidurnya terganggu. Jieun aku tarik dalam pelukan. Aku usap kepalanya perlahan. Dia teresak di dadaku. Esakannya semakin kedengaran. Kemudian, Bora dan seorang jururawat tiba. Aku lihat Bora terpaku. Baru tahu kau. Lampu dihidupkan. Aku melepaskan jieun dari pelukan. Dia masih lagi teresak. Air matanya aku kesat. "Jieun-ah.." aku memanggilnya perlahan. "Saya nak jumpa omma saya" "Jieun-ssi awak okay?" Bora tiba-tiba mencelah dan memegang bahu jieun. Aku mengalihkan tangannya kasar. "Jangan. Sentuh. Dia" aku membawa jieun duduk semula dikatil. "Kau jangan risau eh? Esok, aku bawa kau jumpa omma kau" aku bersuara lembut. Tanganku masih lagi mengusap kepalanya. "Betul ke ni? Tak tipu?" Aku menggeleng tanda bahawa aku tak tipu. "Dah jangan nangis lagi dah. Ala, tak comel lah macam ni. Dah dah" aku buat muka comel. Dia senyum pendek. Bora yang melihat terus pergi dari situ. Jururawat mengikutnya. "Sudah tidur balik semua" jururawat berkata sebelum mematikan lampu dan menutup pintu. "Tidur" jieun mengangguk dan baring semula dikatilnya. Aku menyelimutkan tubuh kecilnya. Dia memejamkan mata tak lama kemudian. Perlahan-lahan, dahinya aku kucup. Lama. ******** "Selepas beberapa hari jieun dirawat disini, saya mendapati tekanannya semakin berkurang. Dan saya rasa dia sudah pulih. Saya benarkan dia pulang hari ini" aku terdengar perbualan papa jieun dan kyungsoo dengan Doktor Shin. Jadi jieun dibenarkan pulang hari ni? Aku tersenyum gembira. Kalau macam tu, aku kena kemas barang aku sekarang. Aku kembali ke katilku. Beg baju di laci sebelah katilku aku capai. Aku mengambil baju t-shirt merah berkolar dan seluar jeans dari beg dan pergi ke bilik air untuk menukar pakaian. "Awak.. nak kemana ni?" Soal jieun setelah dia nampak aku sudah pun menukar pakaian. "Aha, kalau kau nak tahu, aku dah boleh keluar dah" aku ketawa senang. END OF LUHAN's POV. |