![]() ![]() Hello Hello you shiny boy! Cupid’s arrow Has pierced my heart I shake (with excitement) when I see you.
| ![]() Traumatophobia
Wednesday, 13 November 2013 | 0 comments
Loceng tamat waktu sekolah telah pun berbunyi. Guru biologinya telah pun meembenarkan mereka pulang. Jam dinding yang digantung di atas papan hitam Ji eun pandang. 2.47 petang. Dia sudah lewat! Buku diatas mejanya segera dikemas lalu dia keluar dari kelas dan menuju ke lokernya. Buku teks dimasukkan ke dalam loker manakala buku latihan dibawa pulang. Ji eun terus berlari pulang ke rumah tanpa menunggu temannya, Dasom. Dasom yang melihat hanya menggelengan kepala. Dia faham akan Ji eun.
Sampai saja dirumah, Ji eun terus ke bilik mandi dan beg sekolahnya hanya dicampak ke tepi dinding di ruang tamu. Ommanya yang sedang memasak didapur hanya tersenyum pahit. Dia kesian melihat ji eun. Tamat waktu sekolah saja terus ke tempat kerja. Dia risau ji eun mengabaikan pelajarannya. Tapi apa kan daya, dia dan ji eun terpaksa akur dengan arahan suaminya.
Suaminya seorang pemain judi. Tidak bekerja. Balik rumah saja minta duit. Kalau tak d bagi habis m3reka dikerjakan. Itu yang menyebabkan ji eun sanggup bekerja pada waktu petang hingga ke tengah malam. Ji eun sanggup berpenat lelah di luar sana asalkan ommaanya tidak lagi dipukul oleh appanya. Dia sanggup buat apa saja untuk ommanya. Ommanya bagaikan nyawa dia sendiri. Jika ommanya sakit, dia juga akan terasa sakit.
******
"Mana pergi anak kau tu?" Hirae (Omma Ji eun) hanya berdiam diri menumpukan perhatian semasa memasak.
"Kau ni pekak ke apa? Aku tanya mana anak kau tu pergi? Balik sekolah je hilang. Tah lelaki mana yang dia ikut pun kau tak ambil kisah" kata suaminya selamba. Hirae berhenti mengacau kuah. Suaminya dipandang.
"Tak ambil kisah? Saya tak ambil kisah? Hey awak tu yang tak ambil kisah pasal dia. Awak tahu dia sanggup pergi kerja cari duit untuk awak. Anak saya anak awak jugak. Dulu, awak tak ingat ke siapa yang nak sangat anak? Awak dah lupa? Awak yang beria nak anak kan dulu. Tapi lepas je saya bersalin, awak lepas tangan. Awak biar kan saya sorang-sorang. Awak.. ada perempuan lain kan? Awak jangan ingat saya tak tahu. Awak-" satu tamparan kuat hinggap di pipi Hirae. Nasi didalam mangkuk diatas meja di baling.
"Kau ni tak habis-habis nak carik pasal dengan aku kan. Kau patut berterima kasih tau sebab aku kahwin dengan kau dulu. Perempuan kotor" suaminya berkata. Suaminya menyepak kerusi yang di duduknya tadi dan berlalu keluar. "Perempuan kotor". Perkataan tu terngiang-ngiang di telinganya. Dia terduduk.
"Lelaki tak guna. Kau yang kotorkan aku. Sekarang kau nak hina aku? Boleh pergi matilah" hirae berkata perlahan. ****** "Kau ni memang tak guna! Langsung tak guna! Tak boleh pakai. Kau tahu tak aku nak duit tu? Kau tahu tak?! Kau jngan ingat aku tak tahu yang selama ni kau keluar dengan ramai lelaki kan? Bukannya pergi kerja. Kau jangan ingat aku ni bodoh. Kau dengan mak kau sama je. Perempuan kotor. Kau ni memang tak layak nak jadi anak aku" appa menolak jieun sehingga jatuh. Dahinya terhantuk di bucu meja. Darah mengalir keluar. Jieun kembali ke realiti setelah terdengar seseorang mengetuk meja kaunter tempat dia berdiri. Dasom. Jieun hanya mengukir senyuman kecil. "Hey tak nak balik ke? Dah pukul berapa dah ni. Ha, dah nak pukul 12 dah. Nak tidur sini ke? Mentang-mentang lah buka 24 jam. Jom lah" seloroh Dasom. Jieun mengangguk. Apronnya dibuka dan bagnya yang disangkut di capai. Seetelah meminta izin pulang, Dasom dan jieun berjalan kaki bersama. Mereka hanya membisu. Jieun kembali seperti tadi; termenung sambil berjalan. Dasom menggelengkan kepala. Mengenangkan nasib kawan baiknya itu. Dasom tidak pernah melihat bagaimana jieun dan ommanya dipukul. Tetapi apa yang dia nampak adalah kesan-kesan lebam di lengan jieun. Jieun memakai t-shirt yang berlengan panjang untuk menutup kesan lebamnya. Dasom berhenti. "Ahjumma.." |