My heart beats while I’m leaning on your shoulders

Traumatophobia (chapt 8)
Sunday, 17 November 2013 | 0 comments

"Sakitlah! Lepaslah! Yah!" Jieun meronta-ronta minta dilepaskan. Luhan bagai tidak mendengar apa-apa.
"LUHAN!" suara jieun meninggi. Luhan berhenti dan wajah jieun ditatap lembut.
"Aku tak suka kau rapat dengan perempuan tadi tu" jieun mengangguk. "Nah" sebiji tomato dihulur.

******

"Oi?" Luhan memanggil jieun yang sedang menikmati tomato yang luhan beri.
"Hm?"
"Betul ke kau ni... adik kyungsoo?" Jieun mengangguk.
"Mana awak tahu?"
"Kyungsoo bagitahu masa aku call dia malam tadi. Tapi aku macam tak percaya kau ni adik kyungsoo. Masa first time aku nampak kau keluar dari kereta kyungsoo kat tempat parkir sekolah tu kan, aku ingat kau girlfriend dia" jieun hanya mendengar tanpa bersuara.
"And time tu jugak aku rasa.. aku suka kau" jieun yang mendengar terbatuk-batuk. Luhan menepuk perlahan belakangnya.
"Apa awak cakap tadi?"
"Apa? Aku cakap apa?"
"Yang awak cakap tadi tulah. Saya salah dengar ke?"
"Oh yang tadi tu? Aku cakap masa aku nampak kau tu aku dah start suka kau. Kenapa? Salah ke aku nak suka orang? Lagi satu, kau tak salah dengar pun" jieun menelan air liur. Biar betul makhluk ni? Matanya tidak berkelip memandang luhan.
"Kenapa pandang aku macam tu? Kenapa? Kau.. suka aku jugak eh?" Mata jieun membulat lantas dia menggeleng.
"Hish tolonglah. Sekolah pun belum habis, dah nak suka-suka orang. Apa? Ingat seronok ke suka-suka orang ni? Nanti kalau orang tu suka orang lain? Awak jugak yang sakit hati tau" jawab jieun selamba. Jieun bangun dari bangku tapi luhan segera menarik lengannya membuatkan dia terduduk semula.

"Kenapa? Kau.. suka orang lain ke?" Jieun terpana. Jieun terkelu. Luhan tersenyum sinis.
"Aku tak kisah pun kalau orang tu suka orang lain. Tapi aku akan dapatkan dia jugak walau dengan apa cara sekali pun. Note that" luhan meninggalkan jieun keseorangan disitu. Nafas di tarik panjang. Dia.. suka aku? Jieun mengunyah tomato perlahan. Tak mungkin. Aku taklah cantik. 'Cinta itu buta', 'cinta tak kenal rupa'. Aish mwoya?

Malam itu jieun sengaja tidur awal. Dia tak mahu berbual dengan luhan sejak insiden tadi. Fikirannya berserabut. Jieun tidak pernah ada perasaan suka pun pada lelaki sebelum ini. Ini menyebabkan kepalanya sakit. Terlalu berfikir.

LUHAN's POV

Perlu ke aku cakap macam tu dekat dia tadi? Hish, macam orang bodoh pulak confess macam tu. Mana ego kau Luhan? Bodohnya aku! Bodoh bodoh. Aku memukul kepalaku perlahan. Kalau ikut hati, nak je pukul kuat-kuat. Tapi sakit.

Jieun yang sedang lena tidur aku pandang. Tetap cantik. Parut diwajahnya beransur pulih. Kuat betul ubat parut tu. Tak sia-sia aku sapu kat muka dia hari tu. Aku senyum. Kenapa ni? Kenapa tak boleh berhenti senyum ni? Luhan berhenti! Aku menghala kan pandanganku kearah pesakit di sebelah katilku. Baru berhenti. Aish Luhan apa dah jadi dengan kau ni?

Tsk. Bosan pulak pandang muka orang ni! Baik pandang muka jieun! Aku memandang jieun pula. Senyum lagi. Haih apa ni berhentilah. Aku menekup tapak tanganku ke mulut. Siling pula aku pandang.

Lama. Kedengaran jieun mengerang. Kenapa dia ni? Tak pernah macam ni. Ah mengigau kot. Ah lantaklah dia. Dia bergerak lagi. Selimut dia tolak ketepi. Aku memandangnya lama. Kenapa dia ni? Aku pergi kekatilnya. Berpeluh.

"Jieun-ah.. ireona ~" aku bersuara perlahan. Tetap sama.
"Jieun-ah.. hey kenapa ni?" Aku menepuk pipinya perlahan. Nafasnya laju.
"Appa.. t-tolong.. berhenti" jieun bersuara. Luhan panik. Aku mengambil botol air mineralku dan aku tuang sedikit ketapak tanganku. Mukanya aku renjiskan air tadi.
"Omma!!" Jieun tersedar dan duduk seketika.
"J-jieun-ah"
"O-omma.. yah nae omma.." jieun teresak memandang aku. Dia.. menangis. Aku memaut bahunya. Dia tolak.
"Saya nak balik. Omma.. luhan saya nak balik" aku hanya menggeleng.
"Tak. Tak boleh kau tak boleh balik lagi. Kau masih sakit" jieun menggeleng. Dia sudah turun dari katil dan nak lari. Mujur aku cepat menahannya. Pesakit lain nampaknya sudah pun bangun akibat tidurnya terganggu.

Jieun aku tarik dalam pelukan. Aku usap kepalanya perlahan. Dia teresak di dadaku. Esakannya semakin kedengaran. Kemudian, Bora dan seorang jururawat tiba. Aku lihat Bora terpaku. Baru tahu kau.

Lampu dihidupkan. Aku melepaskan jieun dari pelukan. Dia masih lagi teresak. Air matanya aku kesat.

"Jieun-ah.." aku memanggilnya perlahan.
"Saya nak jumpa omma saya"
"Jieun-ssi awak okay?" Bora tiba-tiba mencelah dan memegang bahu jieun. Aku mengalihkan tangannya kasar.
"Jangan. Sentuh. Dia" aku membawa jieun duduk semula dikatil.
"Kau jangan risau eh? Esok, aku bawa kau jumpa omma kau" aku bersuara lembut. Tanganku masih lagi mengusap kepalanya.
"Betul ke ni? Tak tipu?" Aku menggeleng tanda bahawa aku tak tipu.
"Dah jangan nangis lagi dah. Ala, tak comel lah macam ni. Dah dah" aku buat muka comel. Dia senyum pendek. Bora yang melihat terus pergi dari situ. Jururawat mengikutnya.
"Sudah tidur balik semua" jururawat berkata sebelum mematikan lampu dan menutup pintu.

"Tidur" jieun mengangguk dan baring semula dikatilnya. Aku menyelimutkan tubuh kecilnya. Dia memejamkan mata tak lama kemudian. Perlahan-lahan, dahinya aku kucup. Lama.

********

"Selepas beberapa hari jieun dirawat disini, saya mendapati tekanannya semakin berkurang. Dan saya rasa dia sudah pulih. Saya benarkan dia pulang hari ini" aku terdengar perbualan papa jieun dan kyungsoo dengan Doktor Shin. Jadi jieun dibenarkan pulang hari ni? Aku tersenyum gembira. Kalau macam tu, aku kena kemas barang aku sekarang.

Aku kembali ke katilku. Beg baju di laci sebelah katilku aku capai. Aku mengambil baju t-shirt merah berkolar dan seluar jeans dari beg dan pergi ke bilik air untuk menukar pakaian.

"Awak.. nak kemana ni?" Soal jieun setelah dia nampak aku sudah pun menukar pakaian.
"Aha, kalau kau nak tahu, aku dah boleh keluar dah" aku ketawa senang.

END OF LUHAN's POV.



Traumatophobia (chapt. 7)
Saturday, 16 November 2013 | 0 comments

"Bro macam mana dengan adik kau? Dah okay?" Soal luhan kepada kyungsoo melalu telefon. Luhan tidak tahu jieun adalah adik kepada kyungsoo sejak wajahnya dipenuhi luka dan lebam. Wajahnya sangat berbeza.
"Dia dah sedar dah tapi.."
"Tapi?"
"Dia ada tekanan jiwa. So, doktor pindahkan dia dekat hospital jiwa. Kenapa?" Luhan kelu. Hospital jiwa? Takkanlah dekat sini..
"Hospital jiwa? Dekat mana?"
"Seoul lah pun" satu lagi kejutan. Takkan jieun ni? Lain sangat muka dia. Tak tak tak! 
"Bro kau biar betul?" Luhan tidak lagi berpuas hati dan menyoal lagi.

"Betullah. Kau ingat benda macam ni boleh buat main ke? Kau ni tanya-tanya, ada apa sebenarnya?" Kyungsoo menyoal.
"Aku pun kat sini jugak kau tahu"
"Kau kat situ juga? Kau buat apa?! Eh kau gila ke?" Marah kyungsoo.
"Janganlah marah aku. Aku buatsemua ni pun sebab nak tarik perhatian Bora. Dia ignore aku lately. Tulah pasal"
"Hish kau ni.."
"Kay aku kena makan ubat cehh ha ok bai"

Telefon dicampak ketepi. Dia termenung seketika. "Hishh takkanlah.." "...tapi betul ke jieun yang ni adik kyungsoo.." "...sss tapi first time aku nampak jieun tu, cantik je.. bersih tak ada satu parut pun.." "..tapi jieun ni pun.. boleh tahan cantiklah jugak tapi muka dia berparut. Ada luka-luka. Kejap! Tadi dia kata appa dia nak pukul dia.. so, kesan luka tu sebab appa dia pukul dialah? Jadi, inilah adik kyungsoo? Biar betul?" 

Luhan turun melompat dari katil pergi ke sebelah katil jieun. Wajah jieun diperhati betul-betul. Memang sah ini adik kyungsoo! Mata jieun sama macam kyungsoo. Ahahahah! Wait. Tak luhan. Tak! Kau tak boleh suka dia. Tak tak! Aku dah ada Bora.

Luhan pergi ke pintu pejabat Bora untuk meminta sedikit krim penghilang parut. Bora bekerja sambilan di Hospital Jiwa tersebut oleh kerana hospital itu kepunyaan ayahnya. Jadi ayahnya menyuruhnya untuk bekerja sambilan disitu. 

Sampai di pintu pejabat Bora dia terus memulas tombol pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu dan dia kaku. Bora dan salah seorang jururawat lelaki itu juga kaku. Bora kelu. Kebenarannya, kaki luhan sudah pun terketar-ketar. Hatinya menangis, sakit, hancur berkecai. Tapi dia hanya berlagak okay. Siapa yang tak sakit hati, sedih nampak tman wanita sendiri berpelukan dengan lelaki lain. Bukan saja itu, malah butang baju kemeja yang Bora pakai sudah semua dia buka. Tinggal tunggu masa nak jatuhkan je baju tu. Luhan ketawa sinis.

"Inilah part time kau kan? Patutlah sibuk aje. Sibuk layan lelaki ni kan?" Tangan luhan sudah berada didalam poket. Meja tulis Bora dikelilingi.
"Pertama sekali, aku nak minta maaflah sebab ganggu korang tadi. Em, aku cuma nak ubat hilangkan parut je. Oh ini! Dah jumpa.. sorry sekali lagi. Korang bolehlah teruskan. Terima kasih banyak-banyak"

*******
Luhan menyapukan luka dipipi jieun perlahan-lahan tak mahu jieun terjaga. Pada masa yang sama jugalah dia sedang layan perasaan. Tiada siapa yang nak diluahkan isi hatinya yang sakit itu. Air mata luhan jatug berguguran. Kemudian dilap. Sekarang dia hanya tinggal menyapu luka di hujung bibir jieun pula. Perlahan-lahan dia sapukan.

Jieun bergerak Luhan pun berhenti seketika. Disambung semula. Jieun membuka mata. Luhan dipandang lama. Jieun duduk dikatil dan luhan jaga sama.

"Apa awak buat ni?" Soal jieun.
"A-aku cuma.. em sapukan ubat dekat l-luka kau je"
"Ha? Kenapa tak kejutkan? Biar saya yang bu-"
"Tak tak! Er doktor yang suruh. Ha, doktor yang suruh"
"Yelah, doktor suruh sekali pun kejutkanlah saya. Biar saya yang buat sendiri. Saya masih lagi ada tangan tau"
"Aku tahulah tapi kau tidur nyenyak sangat tadi. Aku kejutkan kau tak bangun-bangun, aku sapukanlah" luhan menipu jieun. Jieun memandang luhan lagi.
"Ye ke?" Luhan mengangguk.
"Kalau macam tu terima kasih lah. Tak pe awak boleh pergi tidur. Selebihnya biar saya buat sendiri" jieun merampas ubat itu dari tangan luhan tetapi luhan mengambilnya semula dari tangan jieun.
"No. Biar aku yang buat. Kau duduk diam-diam" arah luhan.
"Saya boleh buat sendi-" jari telunjuk luhan dirapatkan dibibir jieun.
"Kau jangan banyak cakap boleh tak? Melawan je. Biar aku je yang buat. Kau bersuara lagi aku cium kau" luhan beri amaran. Serta merta jieun senyap dan luhan mengukir senyuman pendek.

Tanpa mereka sedari Bora yang tadinya mengejar luhan terhenti dan melihat perbuatan dan perbualan mereka.

5.15 petang
Jieun jalan bersiar-siar di kawasan luar sambil menghabiskan susu kotak yang baru dia dapat. Dia tidak berapa suka denga susu tapi dah orang bagi dia minumlah sikit.

"Hoi" luhan bersuara dan susu kotak jieun dirampas lalu diminum selamba. Jieun tercengang.
"Aku tahu kau tak suka air ni. Jadi kau kasi jelah kat aku. Hahaha aku dah habiskan pun air kau ni" jieun mengangguk.
"Kau ni bisu ke apa?" Soal luhan. "Yelah aku tengok kau ni kalau aku tanya ke cakap ke mesti kau àngguk. Takpun Geleng. Kau bisu ke?"
"Kalau bisu, malam tadi tu awak cakap dengan hantu ke apa?" Jieun bersuara. Luhan gelak.
"Lebih kuranglah" jieun terdiam. Dia terasa hati dengan jawapan luhan. Dengan wajahnya yang begitu. Jieun tunduk. Luhan masih lagi dengan gelaknya. Jieun berjalan sendirian meninggalkan luhan.

Luhan mengikuti jieun. Dia rasa bersalah dengan apa yang dia katakan tadi. Bahu jieun ditepuk. Dia menoleh. "Sorry.." jieun hanya mengangguk.

"Kang jieun?" Seseorang berbicara.
"Do jieun" jieun membetulkan nama keluarganya kepada Do.
"Saya Bora. Doktor kat sini. Awak panggil Bora je. Awak 17 tahun kan?" Jieun mengangguk.
"Kita sebaya.." bora berkata lagi. "Rapat betul awak dengan luhan"
"Boleh saya tahu? Apa yang dah jadi.. dengan awak? You know, I mean.. your life" Bora teragak-agak menyoal.
"Kenapa awak n-"
"Aku rasa kau tak perlu tahu kot apa yang dah jadi dalam hidup. Aku rasa baik kau jaga tepi kain kau sendiri dan.."
"Jangan kacau dia lagi. Dia... aku yang punya" luhan memberi arahan kepada bora. Jieun yang berdiri disitu tidak mengetahui apa-apa. Hanya tercengang. Luhan menarik tangan jieun kasar. Jieun meronta minta lepaskan.

Traumatophobia (chapt. 6)
Friday, 15 November 2013 | 0 comments

12.30 tengah malam telah pun berlalu. Jieun tidak dapat tidur dengan lena. Dia duduk memeluk lutut. Orang disekelilingnya sudah pun dibuai mimpi. Katilnya dibahagian tepi. Disebelah katilnya pula sliding door yang hanya di tutup dengan langsir ungu. Dia menyelak langsir luas. Dia terhenti sejenak. Permandangan gelap luar dipandang lama. Lari? Dia tersenyum sendiri. Eh tak! Ada pengawal didepan dan dibelakang. Kalau dia ditangkap, habislah dia.

Dia duduk disisi katil. Keluhan dilepaskan. Dia bosan. Tersangat bosan. Dia sekali lagi memandang sekeliling. Jika ada yang masih belum tidur, bolehlah dia ajak bersembang. Tapi tidak. Masing-masing sudah lena. Sesuatu menarik perhatian di sejak tadi. Katil sebelahnya dipandang. Comel orangnya. Teringat dia pada Chanyeol dan Sehun. Dia tersenyum sendiri.

"Tak payahlah tenung macam tu" orang yang dia pandang itu bersuara. Dia dbangun dan duduk bersandar lalu jieun dipandangnya. Sempurna!

"Tak tidur lagi kenapa? Tak boleh tidur? Duduk dekat sini memanglah tak selesa. Nanti dah lama sikit okaylah" katanya. Mata jieun tak terlepas merenung raup wajahnya. Dia sangat comel. Oh tuhan..

"Luhan." Dia berkata lagi dan menghulurkan tangannya.
"Jieun" jieun juga menghulurkan tangan lantas mereka berjabat tangan. Luhan tersenyum. Haih, terserlah lesung pipit comelnya. Jieun juga mengukir senyuman pendek.
"Oh, kenapa tu?" Luhan menunding jarinya ke hujung bibirnya. Jieun buat juga berbuat begitu kearah luka di hujung bibirnya dan bertanya "ini?" Luhan mengangguk. Jieun menggeleng.

Keadaan amat kekok apabila kedua-duanya membisu. Jieun tidak tahu apa lagi yang ingin disoal jadi dia mengambil keputusan untuk berdiam diri. Tiba-tiba nada dering telefon bimbit berbunyi. Jieun pelik. Luhan dipandang. Telefon bimbit kepunyaan Luhan yang berdering. Jieun tidak tahu pula telefon bimbit boleh dibawa. Luhan telah menjawab panggilaan. Sepertinya dia sedang berbual dengan seseorang yang istimewa. Mana tidaknya, jieun bukannya pekak yang dia tidak dengar perkataan manis yang keluar dari mulut luhan itu. Sekejap panggil 'sayang', sekejap 'baby', sekejap 'honey'.

Talian diputuskan. Luhan dapat menangkap tenungan jieun. Jieun cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Luhan tersenyum. "Nah" luhan bersuara. Jieun menoleh memandang luhan pelik. Telefon bimbit nya dihulurkan kepada jieun.

"Nak buat apa?" Soal jieun perlahan.
"Call lah siapa-siapa. Mak kau or ayah kau" jieun hanya menggeleng. Luhan meletakkan kembali telefonnya kedalam laci disebelah katilnya. Jieun memeluk lutut dagunya di atas lutut matanya memandang luar.
"Aku tahu kau tak gila" luhan berbicara.
"Hm" tanpa memandang luhan jieun menjawab.
"Kau trauma kan?"
"Hm"
"Aku pun tak gila sebenarnya.. trauma pun tak, kau tahu tak sebab apa aku kat sini?"
"Hm.." luhan mengerutka dahi. Pelik. Dia memanggil jieun dan jawapannya tetap sama. Luar pula dia pandang. Tiada apa yang menarik pun gelap adalah. Dia turun dari katil berjalan ke katil jieun. Diintai wajah jieun. Tidur. Luhan ketawa perlahan. Kelakar. Perlahan-lahan tubuh kecil jieun dibaringkan dan diselimutkan. Langsir tadi dirapatkan semula.

*******
Suasan yang bising dan cahaya matahari yang terkena ke wajahnya menyebabkan dia terjaga dari tidur. Dia menggeliat. Hm, lena jugalah dia tidur malam tadi. Jam dinding dipandang. 10.56 pagi. Wow lamanya dia tidur.

Seorang doktor perempuan datang kearahnya sambil tersenyum mesra. Jieun membalas senyuman.

"Makan ubat ya?" Jieun mengangguk lantas pil yang diberi ditelan. Sepinggan nasi goreng dihulurkan dan dia disuruh makan. Dia akur.

Satu sudu.. dua sudu.. tiga sudu.. lima sudu.. Ah kenyangg. Pinggan ditolak tepi.

"Makan pun tak habis macam mana nak cepat sihat? Baik kau habis kan" Luhan mencelah.
"Dah kenyanglah" Luhan duduk ditepi katil jieun. Pinggan dicapai dan dia menyuapkan sesudu ke mulut jieun. Jieun kaku.
"Oranh dah kenyanglah.. tak faham ke?" Jieun bersuara.
"Habiskan"
"Dah kenyang"
"Makan juga" luhan taknak mengalah lantas menyuapkan ssudu lagi. Jieun hendak menolak tetapi luhan tetap memaksanya.

Akhirnya... habis juga nasi itu. Jieun kira-kira mahu bangun untuk meletak semula pinggan tersebut ke tempat basuhan pinggan. Namun, luhan terlebih dahulu pergi meletakkan pinggan itu. Jieun hanya memerhati. Siapa dia tu? Baik sungguh.

Setelah selesai membersihkan diri, jieun melangkah ke halaman luar melaui liding door disebelah katilnya. Nafas ditarik panjang. Segar.

"Jisoo-ah!! Kau dah balik, nak? Mana kau pergi?" Seorang wanita berusia memeluknya erat. Dia pelik dan melepaskan pelukan itu. Perempuan melemparkan bertubi-tubi soalan. Perempuan itu hendak memukul jieun dan jieun terjerit.
"Appa? Appa.. Jaebal jieun merayu jangan pukul jieun lagi pa. Jangan pukul omma. Jaebal yo appa! Keumanhae appa!!" Semua orang tertumpu kepada jieun. Termasuk luhan. Lantas luhan berlari kearah jieun dan memaut bahu jieun. Jieun menolak kuat.
"Appa.." matanya meliar. Telinganya ditekup dan jieun duduk diatas rumput. "Y-yah.. appa.." air matanya mengalir. Luhan memaut bahunya sekali lagi.
"Appa kau? Kenapa dengan dia? Cerita dekat aku.." kata luhan lembut dan perlahan. Nafas jieun laju dan dia mengeleng.
"Jieun-ah kalau kau tak bagitahu aku, macam mana aku nak tolong kau" luhan sekali lagi memujuk.
"Nae appa.. dia.. dia n-nak pukul saya.. tolong bawa dia pergi jauh-jauh" suara jieun terketar-ketar dan menunding jari telunjuknya kearah perempuan tadi.
"Bawa dia kedalam!" Luhan mengarahkan jururawat lelaki disitu.

Traumatophobia (chapt. 5)

Kang seok, saeri dan kyungsoo bergegas ke hospital stelah mendapat panggilan daripada pihak hospital mengatakan jieun dan ommanya berada di hospital. Kangseok berjalan mundar mandir dihadapan bilik rawatan jieun. Saeri pula melawat Hirae di wad biasa. Hirae telah dipindahkan ke wad biasa setelah beberapa jam rawatan manakala jieun belum dibenarkan untuk dipindahkan ke wad biasa.

"Pa, calm down. Jieun akan sedar nanti. Duduk sekejap. Nanti papa pula yang sakit" kyungsoo memujuk papanya untuk bertenang. Papanya mengangguk. Kyungsoo mengambil sebotol air mineral yang baru dibelinya dan menyuruh papanya minum. Papanya hanya menurut.

"Papa risaukan adik kamu tu. Dah berapa jam dah kita tunggu tapi tak dapat apa-apa berita pun" kyungsoo mengusap belakang papanya.

"Kalau ada apa-apa jadi pada jieun, memang siaplah orang yang buatnya tu" papanya bermonolog dan kyungsoo masih lagi boleh dengar apa yang papanya kata.

2 hari kemudian..
Telefon bimbit kyungsoo berdering. Luhan. Kyungsoo menjawab.

"Man.." Luhan bersuara. Suasana ditempat luhan agak bising. Oh pembetulan, sangat bising.
"Bro kau kat mana ni?! Bisingnya!" Keluh kyungsoo. Luhan ketawa.
"Hahaha sepetutnya aku yang tanya kau. Kau dekat mana ni? Dua hari tak datang sekolah. Jieun pun sama. Apasal?" Soal luhan. Kyungsoo melepaskan keluhan berat.
"Haihh macam mana aku nak cerita ya? Aku pun tak tahulah. Hm, jieun sakit ni" terang kyungsoo. Ketika kyungsoo mengatakan adiknya sakit, mata luhan membulat.
"Seriously? Sakit apa? Kenapa tak inform? Kau ni.."
"Ayah dia pukul dia.. haih aku pun tak tahulah. Heyy bising betullah! Kau dekat mana ni?!" Marah kyungsoo.
"Aku dekat hospital sakit jiwa ni. Pretend jadi orang gila hahahah. Kalau aku sakit, mesti Bora turn attention dia dekat aku. So.." kyungsoo terkejut. Gilanya luhan ni.. fikir kyungsoo.
"Bro aku rasa kalau kau macam ni lagi Bora tinggalkan kau tau" kata kyungsoo.
"Kyungsoo-ah! Jieun dah sedar!" Suara papanya kedengaran. Kyungsoo tersenyum lebar.
"Be right back, bro" kyungsoo terus mematikan talian dan segera masuk ke bilik rawatan jieun.

Jieun membuka matanya. Ahjusshi dan kyungsoo yang dia nampak. Mana omma.. Dia hendak bersuara tetapi tekak nya kering menyebabkan dia sukar untuk bersuara.

"Jieun? Kenapa ni? Jieun nak air ke?" Soal ahjusshi penuh kebimbangan. Jieun mengangguk. Kyungsoo pula membantunya duduk bersandar dan papanya segera menghulurkan gelas kepada kyungsoo dan membantu jieun minum.

"O-omma.. m-mana omma? Dia tak apa-apa k-kan? Omma mana?" Bertubi-tubi soalan dilemparkan.
"Omma kamu okay. Dia dah dipindahkan ke wad biasa dua hari yang lepas" jieun menghela nafas lega.
"Syukurlah" jieun bersuara perlahan. Kepalanya terasa sakit dan dipegang kepalanya.

3.15 petang.
Jieun duduk termenung di atas katil. Mengenangkan nasib nya. Inilah takdir. Hidup memang malang. Tetapi pada masa yang sama, dia bersyukur bapa kandungnya sangat mengambil berat terhadapnya. Setitis air mata gugur teringatkan insiden ketika ommanya dipukul malam itu. Agak teruk dipukul.

Dia berharap penderitaan yang dia dan ommanya hadapi sebelum ini tidak berlaku lagi. Dia takut. Dia takut dipukul lagi. Kesan lebam di lengannya diusap dan ditekan. Sakit. Cermin kecil dimeja nya dia ambil dan wajahnya ditenung. Penuh dengan luka. Dia ingin wajahnya yang dulu, yang cantik dan manis. Tetapi semuanya sudah hilang. Luka dihujung bibirnya usap juga. Masih lagi sakit. Yalah, luka apa yang tak sakit?

"Jieun-ahhh!!" Suara kyungsoo kedengaran. Kyungsoo dan kawan-kawannya masuk dan kyungsoo meletakkan bakul buah dimeja.
"Jieun-ah ~ omo neomu gwiyeowo" salah seorang kawannya berkata. Jieun tersenyum pendek.
"Ah, jieun ini kawan-kawan aku. Yang ini Chanyeol.." ohh jadi yang baru menegurnya itu namanya Chanyeol. Comel!
".. itu suho, baekhyun, kai dan itu maknae sehun" kyungsoo memperkenalkan satu-persatu kawannya.
"Annyeonghaseo" mereka menunduk. Jieun tersenyum pendek. Sukar baginya untuk tersenyum disebabkan luka dihujung bibirnya. Sehun itu sangat comel!

Setelah satu jam setengah mereka berbual seorang jururawat masuk.

"Annyeonghaseyo" dia menunduk dan diikuti aku, kyungsoo dan -kawannya. "Maaf mengganggu. Ini ahli keluarga cik jieun ke?" Soalnya sopan.
"Saya abangnya"kyungsoo bersuara.
"Doktor nak berjumpa dengan encik. Mari ikut saya" kyungsoo mengikut jururawat itu sehingga ke bilik doktor.

******
Kangseok bergesa ke hospital setelah mendapat panggilan dar kyungsoo yang mengatakan ada hal penting yang hendak dibincangkan. Sesampai di hospital, kyungsoo terus menarik papanya ke bilik doktor. Tanpa mengetuk pintu, kyungsoo terus melulu masuk.

"Maafkan anak saya doktor. Hm, boleh saya tahu apa yang nak dibincangkan?" Kangseok mula berbicara. Doktor itu memandang kyungsoo dan kemudian memandang kangseok.
"Tentang jieun, pihak kami ter-"
"Kenapa dengan jieun doktor?"
"Dia mengalami tekanan jiwa yang agak teruk. Dan aa.. dia sedang mengalami trauma yang sangat teruk. Jadi pihak kami terpaksa menghantar dia ke hospital jiwa untuk meneruskan rawatan" doktor itu menjelaskan.

******
"Yah, kita nak kemana ni?" Soal jieun kepada kyungsoo. Kyungsoo hanya mendiamkan diri. Sejak tadi lagi mereka membisu. Tidak tahu bagaimana hendak jelaskan kepada jieun. Mereka tidak sanggup untuk melepaskan jieun ketempat itu. Tapi apakan daya.

"HOSPITAL JIWA SEOUL"
Jieun pelik. Kyungsoo dan papanya dipandang. Kenapa disini? Aku tak gila. Kenapa? Fikir jieun.

"Yah, kenapa hantar jieun kesini? Jieun tak gilalah. Kenapa nak kat sini pula. Jieun tak gila.. betul jieun tak gila. Jomlah balik. Jieun nak balik" jieun separuh merayu. Kyungsoo menggenggam tangan jieun erat. Jieun cuba melepaskan. Gagal.

Mereka masuk untuk mendaftarkan jieun. Kyungsoo pula mengikut jururawat yang menunjukkan katil jieun. Jieun panik melihat orang sekeliling. Orang gila. Ada yang bercakap seorang diri, mengganggu pesakit lain dan lain lain lagi.

Jieun hendak lari dari situ. Kyungsoo tetap erat menggenggam tangan jieun. Sekali lagi jieun cuba melepaskan tangannya. Sap! Berjaya. Jieun lari kearah pintu tetapi ditahan oleh sekumpulan doktor lain. Kedua-dua tangannya dia tahan  dan dia dibawa kekatilnya. Jieun duduk dikatil.

Air gugur. Aku tak gila! Kyungsoo duduk disebelahnya dan mengelap air mata jieun dengan ibu jarinya.

"Jieun-ah" panggilnya lembut. Jieun sudah pun teresak dan memandang kyungsoo.
"Jieun tak gila, cuma.."
"Cuma apa? Tak nak jaga jieun sebab jieun sakit? Perlu ke hantar jieun kesini"
"Perlu. Sangat perlu. Kami semua sayang jieun. Sebab tu hantar jieun kesini. Doktor disini nak rawat jieun. Supaya jieun cepat sembuh. Kalau jieun dah sembuh kita boleh balik rumah.. pergi sekolah macam biasa.. Lagipun, jieun nampak kan papan tanda kat depan tu tadi? Dia tulis hospital jiwa. Bukan hospital gila. Kami tak anggap jieun gila pun" kyungsoo bersuara lembut menenangkan adiknya. Jieun mengangguk faham.

Traumatophobia (chapt. 4)

NARRATOR POV
Seperti biasa, jieun pulang ke rumah dari tempat kerja sebelum pukul 12 malam. Tombol pintu dipulas dan pintu dibuka. Kasutnya dibuka dan disusun ditepi dinding. Sunyi. Selalunya balik dari kerja saja omma sudah mempelawa dia makan. Tetapi tidak hari ini. Sunyi bagai dia tinggal seorang diri dirumah. Lampu pun tidak dipasang, gelap gelita. Dia ke bilikya. Tingkap tak ditutup. Mana omma pergi. Ah, mungkin kerumah ahjusshi.

Perutnya berbunyi. Lapar. Jieun kedapur untuk mengisi perutnya. Tingkap didapur juga tidak ditutup. Lantai yang dipijak terasa basah dan melekit. Pelik. Air apa ni? Dia memasang suis lampu dan terus menyenduk lauk. Saat dia berjalan ke meja makan, dia tersenggol sesuatu. Jieun melihat kebawah. 

Jieun kaku. Nafasnya laju. Air matanya mengalir. Pinggan yang dipegangnya dilepaskan. Omma! Ommanya terbaring dan darah dari dahinya mengalir keluar. Dia teringat air yang dilantai dapur tadi. Dia melihat tapak kakinya. Darah! Jadi yang dipijaknya tadi adalah darah. Dia meriba kepala ommanya.

"O-omma... apa dah j-jadi ni? Kenapa sampai macam ni?" Dia bermonolog.

"Jieun-ah.. anak omma.."
"O-omma.." suaranya mulai berketar-ketar.
"Anak omma.. keluar dari sini sayang.." jieun mengelap air matanya. Dia tahu omma ingin mengelakkan jieun bertemu dengan appanya. Kalau diikutkan hati, memang sudah lama jieun keluar dari rumah itu dan takkan kembali semula. Tapi disebabkan dia sayang akan ommanya. Dia terus menetap dirumah itu bersama omma. 

Dia menggelengkan kepala. Dia ingin bersama dengan ommanya. Dia tidak sanggup melihat ommanya dipukul. Tiba-tiba pintu masuk dibuka kasar. Itu mesti appanya.

"Hoi kau dari mana ha?! Kau dari mana?! Dengan siapa kau balik tadi? Siapa tadi tu? Kau ni dah pandai ya bawak lelaki balik rumah! Kau ni-"

"Appa!" Jieun bersuara bagaikan menengking. Ommanya mengusap bahubya.

"Awak sudahlah tu. Jieun tak bawak lelaki tu. Lelaki tu yang nak sangat bawak jieun. Lagipun lelaki tu bukannya orang lain--" ommanya mencelah.

"Bukan orang lain sebab dia tu anak kau kan?! Kau jangan ingat aku tak tahu ya. Aku tak bodoh! Tak lembab. Anak kau ni pun sama. Hey, Hirae kau ni-" appanya naik berang.

"Appa! Cukuplah.. cukuplah appa hina omma.. pa, inikan isteri appa. Pa, kenapa sanggup buat macam ni dekat omma. Omma sayang dekat appa.. ini ke balasan appa untuk omma?" Kata jieun. Entah dari mana keberanian itu datang. Appanya ketawa sinis.

"Sayang? Hei budak, kau ni tak tahu apa-apa. Kau boleh diam. Ini urusan aku dengan perempuan ni. Eh, kalau kau nak tahu perempuan ni dah tipu aku kau tahu? Oh ya aku lupa nak bagitahu kau. Kalau kau nak tahu kau ni anak perempuan ni denga kang seok tak guna tu, bukannya anak aku. Kau terkejut? Kesian.. menyedihkan betul hidup kau ni. Tsk tsk tsk" appanya ketawa sinis.

Jieun terduduk. Ommanya disebelah dipandang. Ommanya menunduk kesal. Dia tak sangka.. Jadi.. kyungsoo adalah abangnya? Ahjusshi dan hamleoni.. Jieun menangis teresak-esak. Betul kata appa, hidupnya memang menyedihkan.

"Jieun-ah.. miahnei.. omma tak bermaksud nak-"

"Tak bermaksud apa? Apa lagi? Apa lagi yang omma rahsiakan lagi? Appa, sebab itu ke appa benci sangat dekat jieun?" Appanya mengangguk dan tersenyum lebar. Bodoh!

"Jieun-ah, maafkan omma. Omma terima kalau kamu nak benci omma, nak marah omma.. tapi percayalah. Lelaki ni puncanya. Dia yang buat omma macam ni. Dia yang jual omma masa dia perlukan duit untuk bermain judi dia tu. Maafkan omma" ommanya pula teresak. Jieun memandang appanya. Appanya naik berang. Tali pinggangnya sudah dibuka. Bersedialah!

"Jadi kau nak salahkan aku?! Kau ni memang tak guna!" Tali pinggangnya dilibas ke tubuh omma. Jieun pula disepak ketepi. Libasan semakin kuat dan bertubi-tubi. Jieun cuba menghalang. Tetapi gagal.

Kemudian, barulah jieun teringat. Dia berlari kebelakang pintu dan mencapai sebatang kayu disitu. Cepat-cepat belaang appanya dipukul kuat. Appanya rebah. Kayu dicampak ketepi. Ommanya dipeluk ketat dan dia menangis disitu.

Sedang leka dia memeluk ommanya, appanya bangun sambil memegang belakangnya yang terasa sakit akibat pukulan tadi. Kayu yang jieun campak tadi diambil. Kepalanya jieun menjadi sasaran. Pukulan pertama dilepaskan. Tidak puas hati lagi dipukulnya jieun bertubi-tubi di tempat yang sama. Kerusi yang berdekatan dengannya di campak ketubuh jieun. Jieun rebah tidak menyedarkan diri.

Traumatophobia (chapt. 3)
Thursday, 14 November 2013 | 0 comments

Jam locengnya berbunyi untuk ke entah berapa kali. Dia tidak pun mencelikkan matanya. Mengantuk teramat sangat. Malam tadi hampir pukul dua pagi dia tidak boleh tidur. Inilah akibatnya. Pintu biliknya diketuk perlahan. Itu mesti omma. Fikirnya. Dia hanya mendiamkan diri. Pintu diketuk lagi. Dia duduk dikatil.

Pintu nya dibuka. Omma. Ommanya hanya menyuruhnya bersiap cepat. Sudah pukul 7 pagi katanya. Kejap. Tujuh pagi? Dia panik. Terus dia berlari memeriksa jam locengnya. Ahh bateri jam sudah habis!

Tuala di belakang pintu dicapai dan lantas ke bilik air. Stelah selesai, dia berlari ke almari, baju sekolah diambil dan dipakai. Skirt sekolah, tie, stoking dan kasut sudah dipakai. Dia mencapai beg dan keluar dari bilik. Menuruni tangga dan berlari anak kearah pintu. Dia berhenti. Apa yang tertinggal? Dia memerilsa begnya. Buku biologi! Dia masuk semula ke dalam menuju ke biliknya mengambil bukunya.

Dia berlari perlahan kesekolah memandangkan lagi sepuluh minit pagar sekolah akan ditutup. Dia melalui rumah mewah dimana dia dipeluk oleh ahjusshi dan halmeoni. Dia berhenti. Rumah mewah itu dikerling.

"Pon pon!" Bunyi hon kereta kedengaran di belakangnya. Dia menoleh. Kyungsoo? Apa dia buat? Oh lupa itu rumah dia. Kyungsoo berhenti disebelahnya.

"Naik" katanya. Jieun pelik dan menggeleng. Belum sempat dia membalas kyungsoo berkata lagi. "Cepatlah naik. Kita dah lambat ni" rauo wajah kyungsoo berubah dingin. Jieun cepat-cepat mengangguk dan masuk kedalam kereta.

Pedal minyak ditekan laju. Jantung jieun berdegu kencang. Mahu ditegur, jieun takut. Jadi dia mendiamkan diri saja. Sisi wajah kyungsoo dipandang. Handsome. Tetapi dingin. Kyungsoo mengeluh.

"Tak payahlah kau tenung muka aku sampai nak tembus. Aku tahu aku ni handsome" dia berkata spontan. Kyungsoo mengalih pandangannya ke jieun. Kyungsoo senyum. Jieun terpaku. Kali pertama dia melihat kyungsoo senyum begitu. Jieun hanya mengukir senyuman pendek.

"So, mana kau pergi malam tadi sampai nak dekat pukul 12 malam baru nak balik? Kau dating ya? Agaklah pun nak dating at least suruhlah boyfriend kau hantar kau sampai rumah" kyungsoo bersuara. Jieun menggeleng laju.

"Eh tak tak. Bukan datinglah. Kerja. Mana ada boyfriend"

KYUNGSOO's POV
"Eh tak tak. Bukan datinglah. Mana ada boyfriend" kata adik ku. Ya, adik. Selepas saja jieun, omma dah kawan jieun pulang barulah papa menjelaskan semua yang terjadi malam tadi. Jieun adalah adik perempuan aku dan Hirae adalah ibu kandung aku. Entah kenapa aku jadi gembira sangat. Nak menangis pun ada.

Tetapi malangnya jieun tidak mengetahui lagi tentang ini. Kesian dia. Aku tersenyum sendiri sambil memandu. Papa pernah cerita pasal omma aku yang pergi meninggalkan aku dan ayahku. Aku fikir omma sudah tidak menyayangi aku dan papa. Rupanya omma trrpasa meninggalkan aku dan berkhwin dengan appa jieun yang sekarang.

Sampai di parkir kereta di sekoah seperti biasa aku menjadi perhatian. Tidak putus-putus ucapan "selamat pagi" "hai oppa" "oppa nak lunch dengan kami tak nanti" ada juga yang memberinya hadiaah atau bunga atau apa saja seperti kek coklat, bunga ros dan strawberi. Aku hanya senyum menayang gigi. Hahaha.

Jieun menapuk bahuku. Aku hanya memandang wajah comelnya. Aku tersenyum lagi. Dia meminta izin untuk masuk ke kelas. Tapi aku menghalang. Aku memberi alasan yang aku akan bawanya pergi ke kelas. Sambil itu terdengar jugak soksek orang yang lalu "siapa perempuan tu?" "Ha? Oppa siapa dia ni?" "Kenapa dia naik kereta oppa". Ada juga yang tersenyum.

Aku memegang erat tangannya dan membawanya bersama ku. Aku tak tahu kenapa aku rasa nak berdua dengan dia je. Hahha aku ni over happy kot. Kai melambaikan tangannya.

"Yooww kyungsoo"
"Yo"
"Happy semacam je? Oh hai" kai menegur jieun. Jieun hanya tersenyum.
"Siapa dia ni? Budak baru ke?" Kai berbisik ditelinga kyungsoo.
"Ini jieun. Jieun ini kai. Kawan aku. Ha, kai dia ni dah setahun dekat sini. Kau je tk tahu" terang aku. Kai hanya tersengih.

Loceng bermulanya waktu pembelajaran telah berbunyi. Seperti yang aku janjikan pagi tadi, aku membawa jieun ke kelas. Dia hanya membisu. Teringat pagi tadi semasa aku pegang tangan dia, sejuk tangannya. Mungkin takut. Aku tergelak sendiri.

"Terima kasih" ucap jieun. Aku mengerutkan dahi.
"Untuk apa?"
"Sebab pagi tadi sudi tumpangkan dan bawa saya ke kelas" aku memandang tepat anak matanya. Dia terus mengaluhkan pandangannya kearah lain.
"Apa kata kau gantikan ucapan terima kasih tu dengan..." aku berhenti. Saja ingin mengusik. Aku menunding jari telunjukku ke pipi ku.
"Ha?" Jieun nampaknya rasa tak selesa.
"Kiss pipi aku" wajah jieun bertukar pucat. Kelakar. Aku menaan gelak.
"Okay okay aku gurau jelah. Kau simpan je terima kasih kau tu. Sebagai balasan, balik nanti biar aku hantar kau" dia tunduk dan mengangguk perlahan. Aku meminta diri dan pergi ke kelas ku.

******
"Kyungsoo-ah!" Luhan memanggilku setelah aku masuk ke kelas. Patut lah relax je, cikgu tak masuk lagi rupanya.
"Man.." aku duduk disebelahnya. "Waddup?"
"Woah hey kau ni tak pernah-pernah tanya aku macam tu ni tiba-tiba pulak. Ni mesti sebab budak perempuan yang kau bawak pagi tadi tu kan? Cepatnya kau dapat 'stok'" Luhan berkata. Aku tsk.
"Banyaklah kau punya stok, tu adik aku lah" luhan terdiam. Luhan dan 10 member yang lain memandang kyungsoo.
"Since when, dude?" Kris bersuara pula.
"Aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Complicated sangat"
"Okay tak apa. Kalau kau dah tahu macam mana nak cerita, kau cerita ya?" Minseok pula berkata.
"Tapi kan, adik kau tu kan..." luhan berhenti sejenak. "comel juga aku tengok. Ni boleh lah aku tackle ni" seloroh luhan dan yang lain ketawa.
"Jangan perasanlah. Aku tak restu kau jadi adik ipar aku" kataku sambil ketawa.

Traumatophobia (chapt. 2)

Dasom berhenti. "Ahjumma.." jieun perasan Dasom menegur seseorang. Tetapi dia tetap meneruskan jalannya. Tanpa dia sedari orang yang Dasom tegur adalah ommanya. Dasom memanggil jieun. Jieun berhenti dan menoleh. Jieun terpaku. Setiap kali jieun dan Dasom pulang dari sekolah dan tempat kerja, mereka melalui lorong yang terdapat satu rumah mewah. Sangat mewah. Dan ommanya baru saja keluar dari rumah itu bersama seorang lelaki yang agak berusia. Mungkin tuan rumah.

"O-omma? Omma buat apa dekat sini, ma? Appa m-mana?" Soal jieun kehairanan. Nak kata omma menunggunya pulang, memang sahlah tak! Dah terang lagi bersuluh dia keluar dari rumah mewah tu. Dengan lelaki pula. Tak lama kemudian, seorang lagi wanita tua dan seorang lagi lelaki muda keluar, anaknya  mungkin. Mungkin juga masih bersekolah. Tetapi jieun teringatkan seseorang yang sering dia nampak disekolah apabila melihat lelaki muda itu.

"Er, jieun, i-ini kang seok. Kang seok ini jieun" omma memperkenalkan jieun kepada lelaki berusia tadi tu.

"Annyeonghaseyo, ahjusshi.. jieun imnida" jieun menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Lelaki itu tersenyum mesra. Begitu juga wanita tua itu. Lalu ahjusshi datang kearahnya dan memeluk tubuh kecil jieun. Jieun terpaku. Dia melepaskan pelukan.

"Aigoo jieun-ah ~ uri jieun neomu yeppeuda" perempuan tua itu berkata. U-uri? Aku ni mereka punya kah? Jieun terfikir.

"Jieun-ah, ini saeri aahjumma. Kamu panggil dia halmeoni. Dia ibu kepada Kangseok. Itu pula Kyung soo. Anak lelaki kang seok" jieun sekali lagi menundukkan kepalanya sedikit. "Annyeonghaseyo, jieun imnida"

"Kang seok-ah saya balik dulu lah ya? Esok jieun nak ke sekolah. Jadi kami kena balik sekarang. Terima kasih" kata omma dengan sopan.

"Eh, tak apalah. Kami boleh balik sendiri. Terima kasih sekali lagi" kami bertiga menunduk.

********
"omma.."
"Hm?"
"Siapa orang tadi tu?"
"Kenapa kamu tanya?"
"Tak ada apa-apa. Cuma jieun peliklah, ma"
"Apa yang kamu pelikkannya?"
"Tak ada apalah"

Jieun menyambung menyiapkan latihan biologinya. Fikirannya melayang jauh. Memikirkan tentang kejadian tadi. Kenapa halmeoni dan ahjusshi sangat mesra dengannya? Sepertinya mereka telah mengenali jieun bertahun-tahun lamanya. Cara mereka melayan jieun pun seperti jieun itu anak ahjusshi dan cucu halmeoni sendiri. Keluhan panjang dilepaskan.

Jam telah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Entah mengapa matanya tidak mahu pejam. Selalunya dialah paling mengantuk pada waktu begini. Ommanya pun sudah menyuruhnya tidur. Buku latihan tadi diletak di tepi meja. Niatnya mahu memasukkan buku tu dalam beg. Tetapi malas punya pasal, dia letakkan saja ditepi meja. Dia hanya berharap esok dia tidak lupa untuk membawa buku itu. Beberapa minit telah berlalu, mata terpejam juga.